Categories
Uncategorized

Gameloft dan Nokia memberikan Permainan Percuma kepada pengguna Nokia Lumia 1520, 1020, 1320 and 625

Baru-baru ini melalui Laman Facebook Pihak Nokia dan Gameloft telah memberi promosi bagi permainan Gameloft secara percuma buat sementara waktu sahaja.

Antara permainan yang terlibat ialah :

 

Walau bagaimanapun tawaran ini hanya sah bagi pengguna Telefon Pintar Nokia Lumia 1520, 1020, 1320 and 625 sahaja.

Tawaran ini hanya sah dari 14 April 2014 hingga 30 Jun 2014

 

Jadi apa tunggu lagi….Imbas kod QR ini dan mula muat turun sekarang

**Anda perlu memasang aplikasi Nokia AppSocial dahulu.

1505310_777059772306732_5614565188091243090_n

Categories
windows Windows 8

PSA : Cara-cara membuang aplikasi Visual Studio 2012

Pada tahun ini , Pihak Microsoft telah memperkenalkan Visual Studio 2013 dan mungkin anda amat berminat untuk memasangnya pada komputer anda.

Fungsi-fungsi baharu Visual Studio 2013 yang mungkin akan menambat hati anda :

  • Anda boleh mencipta Universal Apps ( WIndows Phone 8.1, Windows 8)
  • Bekerja/Mengekod bersama rakan-rakan anda tidak kira di mana jua anda berada (asalkan ada talian internet)
  • dan banyak lagi lihat di sini 

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang , terutama sekali kepada pengguna Windows 8 yang telah naiktaraf ke Windows 8.1 Anda tidak boleh membuang/uninstall aplikasi Visual Studio 2012 daripada Peranti anda.Jadi bagaimana anda boleh membuangnya daripada peranti anda? Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan ini.

Langkah/Masalah 1

Anda akan mendapat error ini apabila anda cuba untuk membuangnya :

This product can only be installed on a computer running Windows 8 or later

Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?

Pertama anda perlu dapatkan Visual Studio Update 3 / 4 (latest)

Kedua Install Update tersebut ( nama file dia VS2012/4.exe)

Ketiga setelah selesai Uninstall Visual Studio 2012 melalui program and features.

Saya sudah install Update 4 dan sudah lakukan seperti yang di suruh tetapi VS2012 masih memaparkan error yang sama apa yang patut saya buat..??

Ok saya juga menghadapi perkara sebegini tetapi dengan bantuan daripada Para pembangun dan staff di MSDN Forum saya dapat menyelesaikannya.SIla rujuk Langkah/Masalah 2

Langkah/Masalah 2

Saya sudah install Update 4 dan sudah lakukan seperti yang di suruh di Langkah/Masalah 1 tetapi VS2012 masih memaparkan error yang sama apa yang patut saya buat..??

Ok saya juga menghadapi perkara sebegini tetapi dengan bantuan daripada Para pembangun dan staff di MSDN Forum saya dapat menyelesaikannya. Sila rujuk langkah-langkah di bawah.

  • Muat Turun msiinv.exe (tekan “Download” yang terdapat pada bar di atas bersebelahan dengan logo Onedrive)
  • Extract ke C:\msiinv (folder yg bakal menempatkan msiinv.exe)
  • kemudian buka Command Prompt melalui tekan Right Click Butang Start kemudian klik pada Run.Di dalam Run type cmd
  • Selepas itu, run command berikut
  • c:\msiinv\msiinv.exe -p > c:\msiinv\msiinv_output.txt
  • Buka Fail msiinv_output.txt dan search kesemua fail yang berkaitan dengan VS2012
  • Kemudian lakukan
  • msiexec /x <product code> pada command prompt

  • format nya : msiec /x {C1BE870-7D35-3D4R-8AA2-B3241DB1D063} -Contoh Kod.Kod ini anda boleh dapati di dalam dail msiinv_output.txt tadi pada bawah nama Produk
  • Kemudian tekan Yes
  • dan anda sudah selesai.

Ingat jika anda mempunyai VS2012 uninstall dahulu sebelum install VS2013

Universal Apps hanya boleh didapati setelah meng-install RC Update 2

[alert]Muat Turun Visual Studio 2013[/alert]

[alert]Muat Turun RC Update 2[/alert]

Categories
Blue Tech Windows 8

Windows 8.1 Update 1 diperkenalkan

Mungkin ramai yang sudah maklum dan suda mendapat kemaskini Update 1 ini.Tetapi tidak apa kami akan menerangkan apa yang ada di Update 1 ini.

Kemaskini Windows 8.1 Update 1 ini membawakan banyak perubahan yang memfokuskan kepada pengguna Papan Kekunci(KEyboard) dan Tetikus ( Mouse). Antara perubahannya ialah :

  • Butang Power dan Search di Start Screen

Screenshot (246)

 

  • Aplikasi Windows Store pada Desktop

This slideshow requires JavaScript.

  • Integrasi WIndows Store pada Carian Bing.
  • Pin tetapan PC atau PC Settings pada Start Screen

Screenshot (253)

  • Pengunaan Tetikus (Mouse) bagi pengguna Papan kekunci dan Tetikus

Screenshot (254)\

  • Notifikasi New Application

Screenshot (255)

  • Windows Store baharu dan Butan minimize dan Exit pada setiap Aplikasi Windows Store(tiada gambar)
  • Screenshot (258) Screenshot (214)
Categories
Blue build Lumia Lumia 520 Lumia 525 Lumia 625 Lumia1520 nokia Tech Windows Phone8.1

Build 2014 :Microsoft memperkenalkan Windows Phone 8.1

Pada hari pertama Build 2014 ,  Joe Belfiore iaitu Naib Pengerusi dan Pengurus Korporat bagi Windows Phone telah memperkenalkan Windows Phone 8.1 dan fungsi-fungsi baharunya antaranya ialah Cortana dan Notification Center

Windows Phone 8.1

Dengan adanya acara BUILD 2014 ini maka semua persoalan dan khabar angin mengenai Windows Phone 8.1 telah terjawab.Antaranya ialah kehadiran fungsi-fungsi baharu seperti Action Center(ruang Notifikasi) , Cortana (pembantu Peribadi digital) , Fungsi Video Call (3G) melalui Skype , gambar latar belakang pada Start screen dan Wifi Sense dan tema untuk lock screen anda serta sokongan untuk korporat seperti VPN.Tidak lupa juga fungsi ruangan tiles pada Start Screen

Cortana

Cortana ialah Pengurus Peribadi digital bagi Pengguna Windows Phone 8.1 .Secara ringkasnya , cortana adalah seperti/seumpama Google Now dan Siri .Namun demikian fungsi Cortana memang tidak boleh dibandingkan dengan fungsi Google Now dan Siri kerana Cortana mempunyai banyak fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada 2 aplikasi yang disebutkan antara fungsi -fungsi cortana ialah :

  • Menyediakan Nota peringatan untuk membuat panggilan
  • Menempah Restoran atau hotel dan sebagainya (terhad kepada Amerika Syarikat buat masa ini)
  • Hubungi nombor yang dikehendaki
  • mencatatkan peringatan pada kalendar
  • tetapkan alarm
  • dan sebagainya
  • Mempunyai Buku Nota tersendiri untuk mengikuti minat pemilik peranti tersebut..(seperti pembantu peribadi di dunia / PA)

Tetapi buat masa ini fungsi-fungsi Cortana hanya terhad kepada penggunaan di dalam Amerika Syarikat sahaja dan mungkin akan dikembangkan ke seluruh dunia tidak lama lagi.

This slideshow requires JavaScript.

 

Action Center

Action Center merupakan sebuah ruangan Notifikasi yang terbaru pada Windows Phone.Fungsi ini boleh didapati dengan cara menarik daripada atas skrin ke bawah seperti di iOS.Di samping itu, Action Center ini juga menyertakan paparan tetapan ringkas atau quick settings pada ruangan atas Action Cneter seperti di Android.Cuma perbezaannya disini adalah, rupa bentuknya adalah Metro. dan hanya memaparkan hanya beberapa tetapan sekadar yang kami tahu buat masa ini.

Screenshot (154) Screenshot (155)

 

Tema untuk “Lock Screen”

Menurut Joe Belfiore juga, mereka bekerjasama dengan pembangun aplikasi Windows Phone terkenal Rudy Huyn untuk mereka bentuk dan membina pelbagai variasi tema unuk para pengguna Windows Phone yang akan hadir pada Windows Store di Windows Phone 8.1 kelak….. antara tema yang telah ditunjukkan ialah Diagonal (gambar pertama ) dan Tokyo (gambar kedua)

This slideshow requires JavaScript.

Ruangan “tiles” dan gambar latar belakang Start Screen

Antara fungsi baru juga ialah tetapan bagi ruangan tiles dan gambar latar belakang bagi start screen.Fungsi-fungsi ini agak menarik kerana kedua-dua fungsi ini membuatkan Telefon Pintar Windows Phone anda lebih Peribadi daripada telefon pintar lain.Selain itu, bagi gambar latar belakang start screen, penggunaan gambar yang sepadan juga memberikan hasil yang cantik dan bersih( clear) seperi di dalam gambar ini. Rujuk gambar berasingan di bawah galeri ini untuk mengetahui paparan tetapan fungsi menambah ruangan tiles.

This slideshow requires JavaScript.

Screenshot (159) Fungsi menambah ruangan tiles

Sokongan Korporat ( VPN, E-mel korporat, polisi syarikat , dsbg)

Antara fungsi-fungsi yang akan hadir ialah fungsi VPN (virtual Private Network) , E-mel Korporat, Polisi Syarikat ( boleh digunakan untuk menyekat pemasangan aplikasi pada telefon syarikat) dan sebagainya

This slideshow requires JavaScript.

WiFi Sense

dengan adanya wifi sense anda tidak perlu lagi memberitahu rakan anda mengenai kata laluan wifi anda dan juga jika anda tiada internet wifi sense akan mencari internet berkualiti yang percuma dan akan sambungkannya dengan peranti Windows Phone anda. Anda hanya perlu tetapkan beberapa tetapan di WiFi sense yang terdapat di dalam settings Wifi (Settings ==> Wifi ==> Wifi Sense) dan seterusnya anda boleh benarkan rakan anda sambung ke wifi di rumah anda tanpa perlu memberitahu kata laluannya kepada orang lain.

Screenshot (211)

 

Windows Store dan Calendar

Aplikasi Windows Store dan Calendar diberikan nafas baharu dengan beberapa perubahan kecil iaitu dengan adanya turutan aplikasi bagi memudahkan pengguna mendapatkan aplikasi yang diingini,manakala bagi Calendar ialah fungsi suhu cuaca di setiap penjuru atas kanan pada setiap hari,minggu dan bulan.Selain itu antara muka bagi pandangan Minggu juga diberikan nafas baharu seperti di dalam gambar pertama

Screenshot (210) Screenshot (209) Screenshot (207)Screenshot (207)

WordFLow Keyboard

Dengan adanya Wordflow Keyboard, iaitu papan kekunci yang dibina / built in di dalam semua peranti yang menjalankan Windows Phone 8.1 pengguna boleh menulis teks dengan cepat dan pantas seperti fungsi Swype pada Android.

Sedikit info menarik mengenai WordFlow Keyboard ini, Gaurav Sharma telah mencipta rekod terbaru bagi papan kekunci WordFlow dan menjadi pemegang rekod dunia terbaru bagi “fastest typing on smartphone” hanya dalam 18.44 saat.Rekod terbaru ini juga telah berjaya menumpaskan papan kekunci Swype yang memegang rekod selama 20:53 saat.

Screenshot (212)

 

Saksikan acara Build 2014 Keynote 1 (pengenalan WP 8.1 )

Categories
Blue build Windows Phone8.1

Build 2014 : Sokongan Cortana pada Windows Phone 8.1 diperkenalkan

Pada hari pertama Build 2014 ,  Joe Belfiore iaitu Naib Pengerusi dan Pengurus Korporat bagi Windows Phone telah memperkenalkan Windows Phone 8.1 dan fungsi-fungsi baharunya antaranya ialah Cortana dan Notification Center.

Apakah itu Cortana?

Cortana ialah Pengurus Peribadi digital bagi Pengguna Windows Phone 8.1 .Secara ringkasnya , cortana adalah seperti/seumpama Google Now dan Siri .Namun demikian fungsi Cortana memang tidak boleh dibandingkan dengan fungsi Google Now dan Siri kerana Cortana mempunyai banyak fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada 2 aplikasi yang disebutkan antara fungsi -fungsi cortana ialah :

  • Menyediakan Nota peringatan untuk membuat panggilan
  • Menempah Restoran atau hotel dan sebagainya (terhad kepada Amerika Syarikat buat masa ini)
  • Hubungi nombor yang dikehendaki
  • mencatatkan peringatan pada kalendar
  • tetapkan alarm
  • dan sebagainya

Tetapi buat masa ini fungsi-fungsi Cortana hanya terhad kepada penggunaan di dalam Amerika Syarikat sahaja dan mungkin akan dikembangkan ke seluruh dunia tidak lama lagi.

 

Categories
earth sosial Web

Earth Hour 2014

Seperti biasa pada setiap 29 Mac pada setiap tahun, acara Earth Hour akan diadakan.Sama pada tahun ini yang membawakan Watak Spiderman dan Pocoyo sebagai duta mereka.

Screenshot (127) Screenshot (126)

Melalui laman web rasmi Earth Hour anda boleh menyumbangkan wang melalui laman “crowdfunding” yang disediakan dan juga anda boleh memuat turun Earth Hour Starter kit bagi mempromosikannya ke sekolah,pejabat dan sebagainya.

Screenshot (128)

Jadi apa tunggu lagi marilah kita ramai-ramai menutup lampu rumah dan pejabat pada 29 Mac ini sebagai sokongan kepada Kempen Earth Hour hanya selama satu jam sahaja.

[alert style=”green”] Laman web rasmi Earth Hour[/alert]

[alert style=”yellow”]Info tambahan : sempena kempen Earth Hour ini,saya akan turut serta dalam menutup lampu di rumah dan juga akan menutup halaman utama dan digantikan dengan Earth Hour Site Kit yang baru saya buat.Jika anda berminat klik di sini. (P/s blog ini masih boleh diakses melalui link sekunder atau link post paparan utama sahaja yang akan digantikan dengan paparan site kit.Sekian)[/alert]

Categories
Tech wp8

Aplikasi Facebook dan Instagram mendapat kemas kini baharu untuk pengguna Windows Phone

Pada 21 Mac 2014,Facebook telah mengeluarkan satu kemaskini kecil atau “minor” baharu  iaitu versi 5.2.4.0.Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh WPCentral,tiada senarai perubahan atau “change log” dikeluarkan bagi kemaskini terbaharu ini,jadi mereka andaikan bahawa kemaskini ini adalah bagi memperbaiki beberapa pepijat yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Manakala, di sebelah lain pula, Instagram juga turut mengeluarkan kemaskini terbaharu iaitu versi 0.4.2 , di mana tujuannya adalah untuk memperbaiki pepijat dan masalah “crash” serta beberapa penambahbaikan UI/interface/antara muka.

Muat turun kemaskini terbaharu kedua-dua aplikasi dia atas sekarang.Imbas kod QR di bawah menggunakan fungsi Vision pada Bahagian Bing Search.

 

[tabs] [tab title=”Facebook”] C 2014 WPCentral [/tab] [tab title=”Twitter”] [/tab] [/tabs]

Categories
social sosial Web

SkyTrex bersama Salam Media

Sebelum ini , saya pernah memperkenalkan apakah itu Salam Media kepada anda.Jika anda terlepas post tersebut klik di sini.

Baru-baru ini pihak Salam Media telah mengajak semua bloggers untuk turut serta pada program Skytrex bersama Salam Media yang telah dianjurkan pada 23 Mac 2014 atau semalam.Seramai 20 orang bloggers yang hadir termasuk rakan-rakan mereka untuk menceriakan lagi program ini

Di antara cabaran yang terdapat di trek ini adalah, flying fox, memanjat tangga, meniti tali, meniti log, tarzan jump dan beberapa lagi cabaran sukar untuk diterangkan dengan kata-kata. Secara rumusan, aktiviti ini memerlukan daya pengimbangan yang tinggi, tangan dan kaki yang mampu menahan berat badan sendiri.

[alert style=”green”] Baca selanjutnya di laman blog Salam Media [/alert]

Categories
firefox Web

Firefox 29 Beta-Australis telah hadir untuk umum

Sebelum ini sering dikatakan bahawa  Firefox akan hadir dengan penampilan baharu melalui Kemaskini terbarunya yang diberi nama Firefox Australis,dan kini khabar tersebut telah menjadi kenyataan.

Firefox Australis ini mengenakan sediki tperubahan antaramuka baharu yang sedikit mirip seperti Chrome tetapi fungsi-fungsi asas atau “trademark” firefox tetap dikekalkan

P/s maksud trademark yang asal ialah tanda dagangan tetapi di dalam teks ini saya rujuk sebagai kesan/sentuhan asal

Screenshot (111) Screenshot (112)

Categories
social Tech Web

#ImbasKembali Tweet pertama anda di twitter #FirstTweet

Selamat hari jadi Twitter!!

Sempena ulang tahun ke  8 Twitter,Pihak twitter telah menyediakan sebuah halaman khas bagi semua pengguna twitter iaitu twitter #FirtstTweet.

Screenshot (106)

Pada Halaman ini para pengguna boleh melihat tweet pertama anda atau pengguna lain dengan hanya memasukkan nama akaun twitter pada ruangan yang disediakan.

Screenshot (107) Screenshot (108) Screenshot (109) Screenshot (110)

Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas

[alert style=”green”] Layari laman twitter #FirstTweet sekarang untuk lihat tweet pertama anda [/alert]