Categories
game permainan wp8

Permainan Modern Mayor daripada Nokia

Nokia telah menerbitkan sebuah permainan/game yang seumpama Sim City “Modern Mayor” khas kepada semua pengguna Windows Phone 8.

Permainan ini menfokuskan kepada strategi pemain bagi menyuburkan/memperelokkan semula bandar yang sudah tenat menjadi sebuah bandar hijau dan juga menfokuskan kepada kepentingan alam sekitar dalam kehidupan.

Muat Turun aplikasi “Modern Mayor” ini Sekarang dengan mengimbas kod QR ini menggunakan fungsi “vision” di Bing search

img .Jika anda mempunyai sedikit kesulitan klik di sini untuk ke pautan aplikasi ini di Windows Phone Store

 

Categories
Blue Windows Phone8.1

Papan Kekunci “Swype” akan hadir pada Windows Phone 8.1

Sebelum ini kita telah tahu mengenai fungsi-fungsi baharu pada Windows Phone 8.1 yang tertiris di arena web melalui pengunaan fail Kit Pembangunan Aplikasi(SDK Windows Phone 8.1).Kini sebuah fungsi baharu telah tertiris iaitu Fungsi papan kekunci “Swype”.

Bagi pengguna android , mungkin anda sudah maklum dengan fungsi swype yang membenarkan pengguna untuk meleretkan jari untuk menulis satu perkataan yang diinginkan.

Windows Phone 8.1 dijangka diumumkan Microsoft pada bulan April ini, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum sekitar Julai atau Ogos kelak.

Sumber Amanz.my

Categories
Lumia Lumia 520 Lumia 525 Lumia 625 Lumia Black

Kemaskini Lumia Black hadir pada Nokia Lumia 520 CV Malaysia

Sebelum ini kemaskini Lumia Black telah diperkenalkan kepada Lumia920,1020 dan Lumia 625.Kini kemaskini Lumia Black untuk Nokia Lumia 520 telah hadir bagi pengguna Lumia 520 di Malaysia(CV Malaysia).

wp_ss_20140121_0011

Bagi yang belum mengetahui apakah itu Lumia Black,Lumia Black ialah kemaskini yang membawa fungsi-fungsi baharu seperti butang “close” pada app-switcher , aplikasi Drive Mode dan Nokia Storyteller.Disebabkan oleh Nokia Lumia 520 berspesifikasi rendah,Lumia 520 tidak akan menerima sokongan Nokia Beamer dan Nokia Refocus.

Bagi pengguna-pengguna Nokia Lumia yang masih belum mendapat kemaskini Lumia Black , anda bolehlah layari

[alert style=”green”]Laman rasmi Nokia [/alert]

Categories
Icon Lumia Verizon Windows Phone8.1

Nokia Lumia Icon-Peranti khas daripada Nokia dan Verizon

Hari ini, Nokia telah menambah penawaran telefon pintar berasaskan Windows Phone mereka, dengan memperkenalkan telefon Nokia Lumia Icon yang dilengkapi dengan Windows Phone 8.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan rangka berasaskan logam, selain bahagian belakang berasaskan polikarbonat. Nokia Lumia Icon ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci yang menyokong paparan HD penuh 1080p, serta kamera belakang 20-megapixel PureView dan optik Zeiss.

Dari segi cip pemprosesan, Nokia Lumia Icon menjalankan cip empat-teras 2.2GHz, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2420 mAh. Nokia mengatakan baterinya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.

Nokia Lumia Icon membawakan penekanan kepada semua fungsi antaranya ialah fungsi rakaman suara.Nokia Lumia Icon menyertakan empat mikrofon looseless untuk merakam suara dari pelbagai arah dan dilengkapi dengan perisian algoritmanya tersendiri. yang boleh mengurangkan bunyi bising dan menjadikan bunyi audio berkualiti tinggi.

Video Unboxing Nokia Lumia Icon dengan LED

Video Unboxing serta Hands On Nokia Lumia Icon

[alert style=”green”] Sumber : Amanz.my [/alert]

Categories
Fashion Lumia1520

Lumia di dalam Arena Fesyen

Minggu Fesyen Londom yang akan tiba tidak lama lagi akan membawakan Lumia ke dalamnya.Dengan kerjasama daripada para penghias dan pemenang Fashion Fringe,Fyodor Golan,Nokia telah mencipta skirt interaktif dunia yang pertama yang dihasilkan daripada 35 buah telefon pintar Nokia Lumia 1520,dengan  20MP Pureview camera dan skrin sebesar 6 inci.

Lumia-dress-in-post-collage1

Projek unik ini adalah tentang meneroka kemungkinan teknologi pintar dan fesyen datang bersama-sama, dan juga menyokong bakat baru untuk mewujudkan sesuatu yang istimewa dengan menggunakan Nokia Lumia  1520.

Sumber : Nokia Conversation

 

Categories
Gadget Lumia Lumia 525 nokia Tech wp8

Nokia Lumia 525 dilancarkan di Malaysia.

Nokia Lumia nama yang biasa didengari yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Quallcom Snapdragon S4 quad core dan juga dikuasakan oleh Windows Phone 8.

Baru-baru ini pada 20 Disember yang lepas,Nokia telah melancarkan Nokia Lumia 525.Nokia Lumia 525 ini merupakan generasi kedua bagi Nokia Lumia 520.

NOKIA Lumia 525 ini membawakan spesifikasi lebih tinggi daripada Lumia 520 iaitu ia membawa Memory/RAM sebanyak 1024MB atau 1 GB berbanding Lumia 520 ,625 dan banyak lagi.

Layarilah laman web Nokia bagi mengetahui mengenai Lumia525 dengan lebih lanjut

[alert style=”green”]Laman Rasmi Nokia[/alert]