Categories
Blue Lumia1520 Windows Phone8.1

Windows Phone 8.1 Mungkin akan membawakan gambar latar belakang

Banyak informasi yang telah diketahui oleh khalayak ramai sejurus daripada tertirisnya kesemua fungsi-fungsi baharu yang bakal dibawakan oleh Windows Phone 8.1 daripada Kit Pembangunan Perisian(SDK) Windows Phone 8.1.

Kini menurut WPCentral,LiveSino telah menjumpai beberapa rujukan yang tidak dinyatakan pada senarai fungsi-fungsi yang tertiris baru-baru ini,sebagai petunjuk kepada pengubahsuaian yang boleh dilakukan oleh para pengguna pada versi akhir nanti.

Tetapi sekarang menerusi Windows Phone 8.1 pengguna boleh :

  • Meletakkan gambar sebagai latar belakang Start Screen mereka(startscreen background)
  • Membenarkan pengguna untuk menambah bilangan tile sehingga tiga ruangan,sama seperti pada Lumia Icon, Lumia 1320, Lumia 1520.

[alert style=”blue”]Sumber : WPCentral [/alert]

Categories
Icon Lumia Verizon Windows Phone8.1

Nokia Lumia Icon-Peranti khas daripada Nokia dan Verizon

Hari ini, Nokia telah menambah penawaran telefon pintar berasaskan Windows Phone mereka, dengan memperkenalkan telefon Nokia Lumia Icon yang dilengkapi dengan Windows Phone 8.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan rangka berasaskan logam, selain bahagian belakang berasaskan polikarbonat. Nokia Lumia Icon ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci yang menyokong paparan HD penuh 1080p, serta kamera belakang 20-megapixel PureView dan optik Zeiss.

Dari segi cip pemprosesan, Nokia Lumia Icon menjalankan cip empat-teras 2.2GHz, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2420 mAh. Nokia mengatakan baterinya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.

Nokia Lumia Icon membawakan penekanan kepada semua fungsi antaranya ialah fungsi rakaman suara.Nokia Lumia Icon menyertakan empat mikrofon looseless untuk merakam suara dari pelbagai arah dan dilengkapi dengan perisian algoritmanya tersendiri. yang boleh mengurangkan bunyi bising dan menjadikan bunyi audio berkualiti tinggi.

Video Unboxing Nokia Lumia Icon dengan LED

Video Unboxing serta Hands On Nokia Lumia Icon

[alert style=”green”] Sumber : Amanz.my [/alert]