Categories
Blue Windows Phone8.1

Fungsi Action Center dipertontonkan-Windows Phone 8.1

Lanjutan daripada video sebelum ini kini satu demi satu fingsi baharu dipertontonkan dalam video.Fungsi “Action Center” merupakan salah satu fungsi yang mendapat banyak permintaan daripda pengguna Windows Phone di seluruh dunia.Pada asalnya fungsi ini atau lebih gemar dikenali oleh orang ramai fungsi “Notification Center” tiada di dalam Sistem Operasi WP8 namun apabila mendapat banyak permintaan , pihak Microsoft akan menerbitkan fungsi ini pada Windows Phone 8.1 pada acara BUILD 2014 nanti.

Screenshot (59)

Dengan adanya fungsi ini , pengguna boleh mendapatkan semula notifikasi “Toast” yang telah terlepas dengan cara menarik sebuah menu khas dengan menatal dari atas skrin ke bawah.Pengguna juga boleh mengubah cara aplikasi berinteraksi dengan Action Centre ini.

Windows Phone 8.1 dijangka akan diumumkan oleh Microsoft sekitar April kelak,pada acara BUILD 2014 sebelum ia diperkenalkan kepada umum.

[alert style=”green”]Sumber : Amanz.my[/alert]

Categories
Blue Windows Phone8.1

Papan Kekunci “Swype” akan hadir pada Windows Phone 8.1

Sebelum ini kita telah tahu mengenai fungsi-fungsi baharu pada Windows Phone 8.1 yang tertiris di arena web melalui pengunaan fail Kit Pembangunan Aplikasi(SDK Windows Phone 8.1).Kini sebuah fungsi baharu telah tertiris iaitu Fungsi papan kekunci “Swype”.

Bagi pengguna android , mungkin anda sudah maklum dengan fungsi swype yang membenarkan pengguna untuk meleretkan jari untuk menulis satu perkataan yang diinginkan.

Windows Phone 8.1 dijangka diumumkan Microsoft pada bulan April ini, sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna umum sekitar Julai atau Ogos kelak.

Sumber Amanz.my

Categories
Blue HTC Windows Phone8.1

Windows Phone 8.1 dijangka akan diperkenalkan pada Julai atau Ogos

Sebelum ini kita telah sedia maklum dan telah melihat fungsi-fungsi baharu yang akan datang pada Windows Phone 8.1 yang tertiris di arena web,hasil daripada perkongsian pembangun-pembangun melalui Windows Phone 8.1 SDK.Kini desas-desus mengatakan bahawa Microsoft mungkin akan berkongsi versi pembangunan untuk Windows Phone 8.1 pada bulan April kelak.

Perkara ini juga akan menjadikan para pembangun aplikasi  bersedia dengan aplikasi mereka apabila versi akhir WP8.1 akan diperkenalkan kepada umum.

Menurut sumber,Microsoft dikatakan akan mengeluarkan/memperkenalkan Windows Phone 8.1 pada bulan Julai atau Ogos kelak.Namun apa yang pasti para pengguna WP 8 akan mendapat kemaskini ini apabila sudah tersedia.\

[alert style=”green”] Sumber : amanz.my dan Phone Arena [/alert]

[alert style=”yellow”] Sumber imej : WPCentral & Amanz.my [/alert]

Categories
Blue Lumia1520 Windows Phone8.1

Windows Phone 8.1 Mungkin akan membawakan gambar latar belakang

Banyak informasi yang telah diketahui oleh khalayak ramai sejurus daripada tertirisnya kesemua fungsi-fungsi baharu yang bakal dibawakan oleh Windows Phone 8.1 daripada Kit Pembangunan Perisian(SDK) Windows Phone 8.1.

Kini menurut WPCentral,LiveSino telah menjumpai beberapa rujukan yang tidak dinyatakan pada senarai fungsi-fungsi yang tertiris baru-baru ini,sebagai petunjuk kepada pengubahsuaian yang boleh dilakukan oleh para pengguna pada versi akhir nanti.

Tetapi sekarang menerusi Windows Phone 8.1 pengguna boleh :

  • Meletakkan gambar sebagai latar belakang Start Screen mereka(startscreen background)
  • Membenarkan pengguna untuk menambah bilangan tile sehingga tiga ruangan,sama seperti pada Lumia Icon, Lumia 1320, Lumia 1520.

[alert style=”blue”]Sumber : WPCentral [/alert]

Categories
Blue Windows Phone8.1

Senarai Penuh fungsi-fungsi baharu pada Windows Phone 8.1

Seperti mana semua sedia maklum Windows Phone 8.1 akan membawakan pelbagai fungsi-fungsi baharu,kini WPCentral telah mengeluarkan senarai penuh fungsi-fungsi baru tersebut namun mereka juga mempunyai sesuatu yang berkemungkinan akan keluar sekali dengan semua fungsi-fungsi yang disenaraikan ini :

  • Sokongan VPN
  • Kebolehan untuk menukar gambar latar belakang start screen
  • Action Center, pusat notifikasi yang diakses melalui leretan daripada bahagian atas skrin
  • Lima slot untuk Quick Setting pada Action Center ( Camera, Wifi, Bluetooth, Airplane Mode, Rotation Lock, Internet Sharing, Brightness, Do Not Disturb, VPN, Location and Mirroring)
  • Live Lockscreen
  • Sokongan Dual-Sim
  • Folder Download terbina
  • Kebolehan untuk menetapkan aplikasi SMS yang mahu digunakan
  • Sokongan T9
  • Butang Back tidak lagi mematikan aplikasi tetapi menangguhkannya pada latar seperti WinRT
  • GridView dan ListView
  • Speed Dial
  • Kawalan audio berasingan untuk Media+Apps dan Ringers+ Notification
  • Sokongan QHD (1440 x 2560)
  • Bar Navigasi yang boleh disembunyikan serta ditukar warna
  • Integrasi Facebook dihapuskan namun aplikasi Facebook Blue akan didatangkan secara terbina
  • Kalendar ditambah dengan paparan mingguan serta tahunan
  • Sokongan untuk berkongsi fail jenis dokumen tidak lagi terbatas
  • Leretan kebawah untuk menutup aplikasi pada paparan multitask
  • Pengurus Fail (File Manager)
  • Tetapan USB baru
  • Tetapan untuk menapis kenalan
  • Selain daripada kemaskini biasa, kini terdapat kemaskini penting ( Important Updates)
  • Sokongan Encrypted dan signed e-mail 
  • Papan kenunci dengan fungsi seperti Swype
  • Tetapan kemaskini aplikasi secara automatik ( dengan pilihan ‘ketika menggunakan WiFi sahaja’)
  • Sokongan panggilan video
  • Sokongan dokumen office dengan kata kunci
  • Quiet Hours seperti yang terdapat pada iPhone
  • Double Tap untuk mematikan peranti
  • Voice Narrator for Accessibility
  • Butang carian digunakan untuk membuka fungsi speech
  • Screen Reader ( Text to speech)
  • Data daripada aplikasi kini boleh dibackup
  • Inner Circle pada kenalan ( Sehingga 40 orang)
  • Fungsi untuk memuat-naik melalui pelayar web
  • Pengurus Kata laluan pada pelayar web
  • Sokongan WebGL
  • Sokongan HTML 5 yang lebih baik
  • Aplikasi boleh dipasang pada kad SD
  • Chkdsk untuk kad SD
  • MMS boleh dimuat-turun secara automatik
  • Cadangan aplikasi berdasarkan lokasi atau profil Facebook
  • Battery Sense
  • WiFi Sense
  • Data Sense, operator kini boleh mengawal had data secara remotely
  • Operator boleh memasang aplikasi tertentu setelah kad sim dikesan
  • Aplikasi podcast baharu
  • Aplikasi WP 8.1 tidak boleh digunakan pada peranti WP 8.0 tetapi aplikasi WP 8.0 boleh digunakan pada WP 8.1
  • Sokongan mengedit media ditambah baik (audio and video; Audio effects, video effects; Slow motion video)
  • Sokongan Stereoscopic 3D
  • Fail media yang dimuat-turun melalui IE akan ditambah secara automatik ke Xbox Media Library
  • Sokongan PlayTo & Miracast
  • Wi-Fi Direct
  • Tidak lagi menggunakan fail .xap tetapi .appx
  • Hampir kesemua API WinRT boleh digunakan pada WP 8.1 (WInPRT)
  • Sokongan untuk merekod skrin
  • Kebolehan untuk menambah peranti/tag NFC yang dipercayai
  • Screencapture kini menggunakan butang Power + Volume Up
  • XBox Game Hub yang dikemaskini
  • OneDrive dengan integrasi pengurus fail
  • Tab IE kini diakses melalui paparan Multitask
  • IE disertakan dengan Mod Private dan Mod Membaca
  • Twitter akan diintegrasi dengan lebih mendalam
  • Aplikasi Office Lens . Imbas dokumen dengan menggunakan kamera
  • Bing Smart Search (seperti Win 8.1)
  • Sistem amaran gempa bumi
  • Sokongan pembaca cap jari
  • Sokongan Geofence monitoring

[alert style=”yellow”] Terjemahan kepada Bahasa Melayu oleh zhlhs di Forum Amanz[/alert]

[alert style=”green”]Sumber : WPCentral [/alert]

Categories
Blue Windows Phone8.1

Video baharu memperlihatkan fungsi-fungsi Windows Phone 8.1

Pada minggu ini,seperti mana semua sudah maklum, beberapa gambar mengenai Windows Phone 8.1 telah tertiris ke dalam arena web.Gambar-gambar ini telah memperlihatkan beberapa fungsi baharu yang akan dibawakan oleh Windows Phone 8.1 atau kod namanya “Blue”.Kini pihak WinBeta.org telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan kesemua fungsi-fumgsi baharu yang akan dibawakan oleh Windows Phone 8.1 dalam kemaskini akan datang kelak.

Di dalam ini terdapat banyak perubahan-perubahan serta fungsi-fungsi terbaru yang terdapat pada Windows Phone 8.1 versi untuk pembangun.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan pelbagai fungsi baru, termasuk kaedah mematikan aplikasi yang baru, sokongan butang-maya, penggunaan satu akaun Microsoft Account, pengurusan penggunaan tenaga bateri, dan pelbagai perkara lain.

Sokongan seperti Cortana yang diperkatakan ramai sebelum ini masih tidak disertakan pada SDK Windows Phone 8.1 ini.

Secara ringkasnya,Windows Phone 8.1 ini membawa perubahan yang besar kepada Windows Phone 8.

[alert style=”blue”] Sumber : amanz.my dan phonearena. [/alert]

Categories
Icon Lumia Verizon Windows Phone8.1

Nokia Lumia Icon-Peranti khas daripada Nokia dan Verizon

Hari ini, Nokia telah menambah penawaran telefon pintar berasaskan Windows Phone mereka, dengan memperkenalkan telefon Nokia Lumia Icon yang dilengkapi dengan Windows Phone 8.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan rangka berasaskan logam, selain bahagian belakang berasaskan polikarbonat. Nokia Lumia Icon ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci yang menyokong paparan HD penuh 1080p, serta kamera belakang 20-megapixel PureView dan optik Zeiss.

Dari segi cip pemprosesan, Nokia Lumia Icon menjalankan cip empat-teras 2.2GHz, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2420 mAh. Nokia mengatakan baterinya sesuai untuk penggunaan sepanjang hari.

Nokia Lumia Icon membawakan penekanan kepada semua fungsi antaranya ialah fungsi rakaman suara.Nokia Lumia Icon menyertakan empat mikrofon looseless untuk merakam suara dari pelbagai arah dan dilengkapi dengan perisian algoritmanya tersendiri. yang boleh mengurangkan bunyi bising dan menjadikan bunyi audio berkualiti tinggi.

Video Unboxing Nokia Lumia Icon dengan LED

Video Unboxing serta Hands On Nokia Lumia Icon

[alert style=”green”] Sumber : Amanz.my [/alert]

Categories
HTC Windows Phone8.1

HTC sahkan HTC 8.X akan mendapat kemaskini Windows Phone 8.1

WPCentral telah melaporkan bahawa HTC telah mengesahkan untuk membawa “Blue Update” atau lebih dikenali sebagai Windows Phone 8.1 ke peranti-peranti baru yang akan datang.

Sumber mengatakan bahawa seorang pengguna Reddit daripada khalayak ramai telah bertanyakan soalan kepada HTC di dalam slot Ask Me Anything di Reddit bahawa adakah HTC telah siap sedia dengan Windows Phone.

Tapi apa yang mengejutkan sekali Pasukan produk HTC USA telah menjawab :

“To say “done with Windows Phone” is a pretty blanket statement. I don’t think a company such as ourselves can ever say that point blank. As strong partners of Microsoft, we’re working with Microsoft on the Blue update on Windows Phone 8X and will continue to take new products into consideration. Nothing concrete right now, but who knows!”

Sudah pastinya dengan jawapan di atas pihak HTC akan menbawakan Blue Update iaitu lebih dikenali sebagai Windows Phone8.1 ke  HTC8X dan peranti-peranti akan datang.

wp8_01

 

Sumber : WPCentral