Categories
Tech Web

Mengintegrasikan aplikasi pihak ketiga ke dalam Frog VLE

Selamat Kembali ke WP.Myhyazid….Hari ini kita akan ke sektor pendidikan pula iaitu beberapa ulasan dan langkah-langkah untuk mengintegrasikan aplikasi-aplikasi pihak ketiga ke dalam Frog VLE.

Sebelum itu…..

Apakah itu Frog VLE?

Frog VLE merupakan Persekitaran Pembelajaran Maya atau “Virtual Learning Environment”. Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi projek 1BestariNet telah memperkenalkan inisiatif pembelajaran dalam persekitaran maya atau VLE. DI dalam Projek ini, pelbagai perkara telah dibawa masuk ke arena atau medan pendidikan kita.Antaranya ialah Chromebook untuk Makmal Komputer setiap sekolah di Malaysia, Jaringan hubungan internet berkelajuan 4G daripada YES dan sebagainya.Untuk Maklumat lanjut mengenai Frog VLE layari FrogTrade Official Site atau Frogasia.com

 

Aplikasi Pertama

Gliffy – Aplikasi untuk anda mereka atau membuat graf secara online

Aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan dan mudah untuk dimuatkan ke dalam frog VLE. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma :

  1. Reka akaun Gliffy anda di Gliffy
  2. Mulakan dengan pembinaan graf anda
  3. kemudian tekan share dan salin/copy link untuk pictures

Screenshot (279)

 

  1. Buka Frog VLE (hanya untuk pelajar atau guru, di dalam kes ini lebih ditekankan kepada guru)pilih site di mana anda mahu gunakan kemudian tekan edit.

  2. Drag and Drop widget Media kemudian muat naik gambar graf yang sudah dimuat turun tadi.

 

Screenshot (278)Screenshot (284)

Categories
Blue Windows Phone8.1

Aplikasi File Manager akan hadir pada Windows Phone 8.1

Mungkin peminat teknologi sudah sedia tahu dengan program Ask Me Anything atau “AMA”.Baru-baru ini Joe Belfiore , telah menyertai AMA dan seorang pengguna telah mengajukan soalan kepadanya adakah aplikasi File Manager akan hadir?

Windows_Phone_File_Manager_Screenshots

 

Windows_Phone_File_manager_Screen

Dan yang menariknya jawapan yang dikemukakan adalah :

 

Screenshot (274)

WOO HOO! SOMEONE ASKED THIS QUESTION!! I’ve been waiting! in fact, I’ve avoided tweeting on this very topic just for all you redditors. Seriously.

in fact– you GET A CORTANA T-SHIRT FOR ASKING!! 🙂 (PM me your size and we’ll get it to you.)

*** YES *** We are doing a File Manager for WP8.1! I know a LOT of you are looking for this (thanks for the tweets, I’ve read them all). In fact, I’ve been running a build of it on two of my phones for the last week or so and it’s getting to pretty good shape.

We are expecting to get it into the store HOPEFULLY by the end of May.

Seperti dinyatakan di atas, buat masa ini aplikasi ini masihsedang diuji dan dijangka akan hadir pada hujung Bulan Mei!

Adakah Anda sudah Bersedia?…..

[info]Sumber : Reddit[/info]