Categories
Blog Cortana

Pandang Pertama Cortana pada Lumia625 CV Malaysia ( Mod US )

Apa benda tu Cortana?

Cortana merupakan aplikasi pembantu peribadi bagi Windows Phone. Ianya seperti Google Now dan Siri tetapi, Cortana mempunyai fungsi-fungsi dan kelebihannya tersendiri.Rujuk di sini

Jom kita mulakan!

Seperti yang anda tahu, Cortana masih belum boleh digunakan di negara-negara lain selain Amerika Syarikat kerana Cortana tidak mempunyai ketidaksediaan pada masa itu.Kini, menurut laporan daripada WP Central , Cortana telah hadir di UK dan China, tetapi apa yang menariknya Cortana di China mempunya versi nya tersendiri dan namanya yang tersendiri iaitu “Xiao Na”. Klik di sini untuk info selanjutnya..

Selain itu Cortana juga dikatakan di dalam status “Alpha” di beberapa buah negara iaitu India, Australia dan Canada

Jom kita lihat apa yang ada pada Cortana

Gambar di bawah merupakan respon Cortana terhadap soalan yang saya tanyakan.Who are you?Tidak seperti Siri. Siri akan menolak soalan tersebut dengan jawapan ” I’m sorry. I can’t answer that. ”

Dari apa yang kami telah cuba, kami dapat menyemak umur tokoh-tokoh ini dengan hanya bertanyakan soalan kepada Cortana, sebagai contoh “How old is Bill Gates?”

Gambar di bawah ini pula adalah penjejak kapal terbang sama seperti yang sedia ada pada Google Now. Tidak pasti sama ada terdapat pada Siri atau tidak..Fungsi ini membolehkan anda mengikuti jadual penerbangan anda berdasarkan kod kapal terbang ataupun berdasarkan emel tempahan kapal terbang yang terdapat dalam peranti Windows Phone anda.

Terdapat beberapa lagi fungsi-fungsi Cortana, antaranya ialah :

  • Mencari Restoran yang terdekat
  • Membuat tempahan bagi restoran yang dipilih

Daripada apa yang telah saya cuba pada Cortana..Cortana akan memaparkan restoran yang terdekat dengan anda ( lebih kurang dalam radius 10KM ). Cortana juga kan bertanyakan /////Masih lagi dikemaskini/////

Categories
Blog MY

Selamat Hari Raya !

Hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..dan saya ingin mintak maaf juga kerana sudah lama tidak update blog ini..Walau bagaimanapun, perjuangan tetap akan diteruskan….

Sekali Lagi , Selamat Hari Raya Aidilfitri…Kosong-Kosong ye….

kosong-kosong

[tip label=”Info-info yang akan datang menyusul sebentar nanti : Xiaomi, Altel, Windows Phone, Lumia Cyan” href=”http://myhyazid.com”]Info-info akan datang : Xiaomi, Altel, Windows Phone, Lumia Cyan[/tip]

Categories
Blog Uncategorized

BBM untuk Windows Phone Beta hadir , Masih belum boleh dimuat turun.

Pada 7 Julai yang lepas pihak Blackberry telah menerbitkan aplikasi BBM pada Windows Phone Store tetapi daripada apa yang kami dapat tahu, bahawa aplikasi ini masih lagi belum boleh dimuat turun dan hanya Versi Beta terhad buat masa ini

Sedikit info mengenai BBM….

BBM atau lebih dikenali sebagai Blackberry Messenger merupakan sebuah aplikasi permesejan yang sangat popular suatu ketika dahulu kepada para pengguna Blackberry..Pada asalnya BBM hanya terdapat pada peranti Blackberry tetapi kini, ia boleh didapati pada peranti Android dan iOS.

[info]Sumber : Amanz & Crackberry[/info]

[notice]Muat turun BBM For WIndows Phone[/notice]

Categories
Blog cyan nokia Windows Phone8.1

Lumia Cyan akan Tiba pada Q3 di Malaysia

Baru-baru ini pihak Microsoft Mobile Malaysia telah melancarkan Nokia Lumia 930 yang membawa reka bentuk yang baru dan premium.Pada acara yang sama pihak Microsoft Mobile Malaysia telah menyatakan bahawa Kemaskini Lumia Cyan akan hadir kepada semua pengguna Windows Phone 8 tempatan (CV Malaysia) menjelang Suku Ketiga(Q3) tahun ini (2014).

Hakcipta Amanz Network, Lumia Cyan Launching, Gambar oleh @amanfirdaus

Kemaskini Lumia Cyan membawakan beberapa perubahan besar antaranya ialah fungsi baharu seperti Papan Kekunci seumpama “Swype”, fungsi Action Center, kawalan volume yang lebih baik dan banyak lagi…Rujuk di sini untuk fungsi penuh.

 

Categories
altel Blog

Altel akan hadir dengan infrastruktur 4G daripada Huawei

Altel.myAltel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru di Malaysia yang mana turut mempunyai lesen untuk Spektrum Evolusi Jangka Panjang/Long Term Evolution (LTE) (4G).Setelah bekerjasama dengan Celcom untuk infrastruktur asas , kini Altel menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk membangunkan infrastruktur 4G Altel tersendiri. Altel dikatakan akan terus melabur untuk membangunkan sistem telekomunikasi mereka sendiri,sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya.

Sehingga kini, Altel dikatakan mempunyai lebih kurang 20,000 pelanggan berdaftar serta 10 kedai eksklusif sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Kedah.


Sumber Amanz.my

Buat pengetahuan anda teknologi dan infrastruktur Huawei sedia digunakan dengan luas oleh kebanyakkan syarikat telekomunikasi seluruh dunia.

Sedikit Informasi mengenai ALTEL

Anda boleh mendapatkan Kad Sim ALTEL di http://altel.my/en/where-to-buy

Anda juga boleh menukar ke Perkhidmatan ALTEL (Mobile Number Portability/MNP) dengan membawa salinan Kad Pengenalan anda ke Altel Exclusive Partners

Bagi yang ingin menjadi agen ALTEL anda boleh rujuk http://altel.my/en/about?cat=2 dan klik pada Partnership Programmes .Hubungi mereka untuk maklumat lanjut di http://altel.my/en/contact

[info]Sumber : Amanz.my dan The Sun Daily[/info]