Build 2014 :Microsoft memperkenalkan Windows Phone 8.1

Pada hari pertama Build 2014 ,  Joe Belfiore iaitu Naib Pengerusi dan Pengurus Korporat bagi Windows Phone telah memperkenalkan Windows Phone 8.1 dan fungsi-fungsi baharunya antaranya ialah Cortana dan Notification Center

Windows Phone 8.1

Dengan adanya acara BUILD 2014 ini maka semua persoalan dan khabar angin mengenai Windows Phone 8.1 telah terjawab.Antaranya ialah kehadiran fungsi-fungsi baharu seperti Action Center(ruang Notifikasi) , Cortana (pembantu Peribadi digital) , Fungsi Video Call (3G) melalui Skype , gambar latar belakang pada Start screen dan Wifi Sense dan tema untuk lock screen anda serta sokongan untuk korporat seperti VPN.Tidak lupa juga fungsi ruangan tiles pada Start Screen

Cortana

Cortana ialah Pengurus Peribadi digital bagi Pengguna Windows Phone 8.1 .Secara ringkasnya , cortana adalah seperti/seumpama Google Now dan Siri .Namun demikian fungsi Cortana memang tidak boleh dibandingkan dengan fungsi Google Now dan Siri kerana Cortana mempunyai banyak fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada 2 aplikasi yang disebutkan antara fungsi -fungsi cortana ialah :

  • Menyediakan Nota peringatan untuk membuat panggilan
  • Menempah Restoran atau hotel dan sebagainya (terhad kepada Amerika Syarikat buat masa ini)
  • Hubungi nombor yang dikehendaki
  • mencatatkan peringatan pada kalendar
  • tetapkan alarm
  • dan sebagainya
  • Mempunyai Buku Nota tersendiri untuk mengikuti minat pemilik peranti tersebut..(seperti pembantu peribadi di dunia / PA)

Tetapi buat masa ini fungsi-fungsi Cortana hanya terhad kepada penggunaan di dalam Amerika Syarikat sahaja dan mungkin akan dikembangkan ke seluruh dunia tidak lama lagi.

This slideshow requires JavaScript.

 

Action Center

Action Center merupakan sebuah ruangan Notifikasi yang terbaru pada Windows Phone.Fungsi ini boleh didapati dengan cara menarik daripada atas skrin ke bawah seperti di iOS.Di samping itu, Action Center ini juga menyertakan paparan tetapan ringkas atau quick settings pada ruangan atas Action Cneter seperti di Android.Cuma perbezaannya disini adalah, rupa bentuknya adalah Metro. dan hanya memaparkan hanya beberapa tetapan sekadar yang kami tahu buat masa ini.

Screenshot (154) Screenshot (155)

 

Tema untuk “Lock Screen”

Menurut Joe Belfiore juga, mereka bekerjasama dengan pembangun aplikasi Windows Phone terkenal Rudy Huyn untuk mereka bentuk dan membina pelbagai variasi tema unuk para pengguna Windows Phone yang akan hadir pada Windows Store di Windows Phone 8.1 kelak….. antara tema yang telah ditunjukkan ialah Diagonal (gambar pertama ) dan Tokyo (gambar kedua)

This slideshow requires JavaScript.

Ruangan “tiles” dan gambar latar belakang Start Screen

Antara fungsi baru juga ialah tetapan bagi ruangan tiles dan gambar latar belakang bagi start screen.Fungsi-fungsi ini agak menarik kerana kedua-dua fungsi ini membuatkan Telefon Pintar Windows Phone anda lebih Peribadi daripada telefon pintar lain.Selain itu, bagi gambar latar belakang start screen, penggunaan gambar yang sepadan juga memberikan hasil yang cantik dan bersih( clear) seperi di dalam gambar ini. Rujuk gambar berasingan di bawah galeri ini untuk mengetahui paparan tetapan fungsi menambah ruangan tiles.

This slideshow requires JavaScript.

Screenshot (159) Fungsi menambah ruangan tiles

Sokongan Korporat ( VPN, E-mel korporat, polisi syarikat , dsbg)

Antara fungsi-fungsi yang akan hadir ialah fungsi VPN (virtual Private Network) , E-mel Korporat, Polisi Syarikat ( boleh digunakan untuk menyekat pemasangan aplikasi pada telefon syarikat) dan sebagainya

This slideshow requires JavaScript.

WiFi Sense

dengan adanya wifi sense anda tidak perlu lagi memberitahu rakan anda mengenai kata laluan wifi anda dan juga jika anda tiada internet wifi sense akan mencari internet berkualiti yang percuma dan akan sambungkannya dengan peranti Windows Phone anda. Anda hanya perlu tetapkan beberapa tetapan di WiFi sense yang terdapat di dalam settings Wifi (Settings ==> Wifi ==> Wifi Sense) dan seterusnya anda boleh benarkan rakan anda sambung ke wifi di rumah anda tanpa perlu memberitahu kata laluannya kepada orang lain.

Screenshot (211)

 

Windows Store dan Calendar

Aplikasi Windows Store dan Calendar diberikan nafas baharu dengan beberapa perubahan kecil iaitu dengan adanya turutan aplikasi bagi memudahkan pengguna mendapatkan aplikasi yang diingini,manakala bagi Calendar ialah fungsi suhu cuaca di setiap penjuru atas kanan pada setiap hari,minggu dan bulan.Selain itu antara muka bagi pandangan Minggu juga diberikan nafas baharu seperti di dalam gambar pertama

Screenshot (210) Screenshot (209) Screenshot (207)Screenshot (207)

WordFLow Keyboard

Dengan adanya Wordflow Keyboard, iaitu papan kekunci yang dibina / built in di dalam semua peranti yang menjalankan Windows Phone 8.1 pengguna boleh menulis teks dengan cepat dan pantas seperti fungsi Swype pada Android.

Sedikit info menarik mengenai WordFlow Keyboard ini, Gaurav Sharma telah mencipta rekod terbaru bagi papan kekunci WordFlow dan menjadi pemegang rekod dunia terbaru bagi “fastest typing on smartphone” hanya dalam 18.44 saat.Rekod terbaru ini juga telah berjaya menumpaskan papan kekunci Swype yang memegang rekod selama 20:53 saat.

Screenshot (212)

 

Saksikan acara Build 2014 Keynote 1 (pengenalan WP 8.1 )

myhyazid

Im a Johannian,part-time blogging on Windows Phone updates.Waiting for Windows Phone 8.1..Nokia Fan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *