Android L 5.0 kini dikenali sebagai Android Lollipop

Mungkin setelah sekian lama nama apakah yang akan hadir bagi Android L (5.0) bermain-main di fikiran para penggemar Android. Namun pada hari Khamis yang lepas pihak Google telah mengumumkan bahawa nama rasmi bagi Android L ( 5.0 ) ialah Android Lollipop. Yay…

Daripada Amanz.my

Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web. Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi-akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.

Android Lollipop akan hadir secara terbina pada Nexus 6 dan tablet Nexus 9 yang juga baru diumumkan oleh Google pada hari tersebut.

myhyazid

Im a Johannian,part-time blogging on Windows Phone updates.Waiting for Windows Phone 8.1..Nokia Fan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.