Selamat Kembali ke WP.Myhyazid….Hari ini kita akan ke sektor pendidikan pula iaitu beberapa ulasan dan langkah-langkah untuk mengintegrasikan aplikasi-aplikasi pihak ketiga ke dalam Frog VLE.
Sebelum itu…..
Apakah itu Frog VLE?
Frog VLE merupakan Persekitaran Pembelajaran Maya atau “Virtual Learning Environment”. Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi projek 1BestariNet telah memperkenalkan inisiatif pembelajaran dalam persekitaran maya atau VLE. DI dalam Projek ini, pelbagai perkara telah dibawa masuk ke arena atau medan pendidikan kita.Antaranya ialah Chromebook untuk Makmal Komputer setiap sekolah di Malaysia, Jaringan hubungan internet berkelajuan 4G daripada YES dan sebagainya.Untuk Maklumat lanjut mengenai Frog VLE layari FrogTrade Official Site atau Frogasia.com
Aplikasi Pertama
Gliffy – Aplikasi untuk anda mereka atau membuat graf secara online
Aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan dan mudah untuk dimuatkan ke dalam frog VLE. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma :
- Reka akaun Gliffy anda di Gliffy
- Mulakan dengan pembinaan graf anda
- kemudian tekan share dan salin/copy link untuk pictures
- Buka Frog VLE (hanya untuk pelajar atau guru, di dalam kes ini lebih ditekankan kepada guru)pilih site di mana anda mahu gunakan kemudian tekan edit.
-
Drag and Drop widget Media kemudian muat naik gambar graf yang sudah dimuat turun tadi.