KOMSAS Tingkatan 2 : Sinopsis Hikayat Anggun Cik Tunggal

KOMSAS Tingkatan 2 : Sinopsis Hikayat Anggun Cik Tunggal

Hari ini saya akan kongsikan sinopsis Hikayat Anggun Cik Tunggal yang saya sendiri buat.Sharing is caring.Dan jika anda ingin kongsikan kepada orang lain jangan lupa untuk bagi kredit dan kepada yg ingin menggunakannya sebagai sinopsis komsas untuk ditulis di dalam buku komsas jangan lupa untuk menulis :

Terima Kasih atas sinopsis ini.Saya amat berterima kasih.Dapat juga saya belajar sedikit perkara dari Prosa ini

Nama 🙁 Nama Anda)’

Sekolah : (Sekolah Anda)

[alert style=”yellow”] Apabila anda ingin komen sila gunakan nama penuh anda  atau jika ingin menggunakan sebarang nama samaran sila taip nama penuh di dalam Kurungan/bracket ().Terima kasih.Kami memerlukan anda menggunakan isi butiran yang benar supaya komen anda tidak akan dibuang.Tq [/alert]

 

Sinopsis

Pada suatu hari, Kapal Raja Anggun Cik Tunggal yang digelar sebagai Dendang Panjang datang berlabuh di pelabuhan untuk melakukan urusan jual beli.Secara tiba-tiba sebuah lancang kuning pun tiba dan berlabuh di hadapan Dendang Panjang.

Tindakan lancang kuning berlabuh di hadapa Dendang Panjang telah menimbulkan perasaan marah/ telah membuat Raja Anggun CIk Tunggal Murka.Lalu Raja Anggun Cik Tunggal pun menyuruh Bujang Selamat bertanya kepada pemilik lancang kuning tersebut beberapa soalan.Bujang Selamat pun ke lancang kuning dan muncul pula Si Kembang Cina di dalam lancang kuning tersebut.Bujang Selamat pun bertanya beberapa soalan kepada Si Kembang Cina,lalu Si Kembang Cina pun menjawab.Jawapan itu telah diberitahu oelh Bujang Selamat kepada Raja Anggun Cik Tunggal lalu baginda dengan murkanya menyuruh para hulunbalang  menaikkan panji-panji.Apabila baginda sudah berada di haluan/bersedia, Bujang Selamat diarahkannya untuk memasang Meriam Gerak Gempa.Letupannya menggegarkan dan pelurunya jatuh tidak jauh dari lancang kuning, Dan bermulalah perang diantara dua kapal iaitu lancang kuning dan Dendang Panjang.Kedua-dua kapal menyerang di antara satu sama lain

Raja Anggun Cik Tunggal bertambah murka.Diisinya Istinggar buatan Bali.Tuan Puteri  yang berada di lancang kuning pula mengisi terkulnya.Tiba-tiba sebuah bedilan terkena pada cincin permata Tuan Puteri lalu tercmpak ke laut.Tuan Puteri tersenyum lalu membedil kapal Raja Anggun pula.Sasarannya mengenai hujung tengkolok baginda.Dilihatnya (Tuan Puteri) Raja Anggun sedang mengisi Istinggar,Tuan Puteri terus menyalin pakaiannya lalu terserlah kecantikan asalnya.

 

Setakat di sini sahaja saya kongsikan.Penghujungnya belum habis saya buat.Tetapi saya harap anda berdikari untuk membuat penghujungnya sekian.

Yang Benar

myhyazid tmvector

myhyazid

Im a Johannian,part-time blogging on Windows Phone updates.Waiting for Windows Phone 8.1..Nokia Fan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.