Pandang Pertama Cortana pada Lumia625 CV Malaysia ( Mod US )

Apa benda tu Cortana?

Cortana merupakan aplikasi pembantu peribadi bagi Windows Phone. Ianya seperti Google Now dan Siri tetapi, Cortana mempunyai fungsi-fungsi dan kelebihannya tersendiri.Rujuk di sini

Jom kita mulakan!

Seperti yang anda tahu, Cortana masih belum boleh digunakan di negara-negara lain selain Amerika Syarikat kerana Cortana tidak mempunyai ketidaksediaan pada masa itu.Kini, menurut laporan daripada WP Central , Cortana telah hadir di UK dan China, tetapi apa yang menariknya Cortana di China mempunya versi nya tersendiri dan namanya yang tersendiri iaitu “Xiao Na”. Klik di sini untuk info selanjutnya..

Selain itu Cortana juga dikatakan di dalam status “Alpha” di beberapa buah negara iaitu India, Australia dan Canada

Jom kita lihat apa yang ada pada Cortana

Gambar di bawah merupakan respon Cortana terhadap soalan yang saya tanyakan.Who are you?Tidak seperti Siri. Siri akan menolak soalan tersebut dengan jawapan ” I’m sorry. I can’t answer that. ”

Dari apa yang kami telah cuba, kami dapat menyemak umur tokoh-tokoh ini dengan hanya bertanyakan soalan kepada Cortana, sebagai contoh “How old is Bill Gates?”

Gambar di bawah ini pula adalah penjejak kapal terbang sama seperti yang sedia ada pada Google Now. Tidak pasti sama ada terdapat pada Siri atau tidak..Fungsi ini membolehkan anda mengikuti jadual penerbangan anda berdasarkan kod kapal terbang ataupun berdasarkan emel tempahan kapal terbang yang terdapat dalam peranti Windows Phone anda.

Terdapat beberapa lagi fungsi-fungsi Cortana, antaranya ialah :

  • Mencari Restoran yang terdekat
  • Membuat tempahan bagi restoran yang dipilih

Daripada apa yang telah saya cuba pada Cortana..Cortana akan memaparkan restoran yang terdekat dengan anda ( lebih kurang dalam radius 10KM ). Cortana juga kan bertanyakan /////Masih lagi dikemaskini/////

Selamat Hari Raya !

Hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..dan saya ingin mintak maaf juga kerana sudah lama tidak update blog ini..Walau bagaimanapun, perjuangan tetap akan diteruskan….

Sekali Lagi , Selamat Hari Raya Aidilfitri…Kosong-Kosong ye….

kosong-kosong

[tip label=”Info-info yang akan datang menyusul sebentar nanti : Xiaomi, Altel, Windows Phone, Lumia Cyan” href=”http://myhyazid.com”]Info-info akan datang : Xiaomi, Altel, Windows Phone, Lumia Cyan[/tip]

BBM untuk Windows Phone Beta hadir , Masih belum boleh dimuat turun.

Pada 7 Julai yang lepas pihak Blackberry telah menerbitkan aplikasi BBM pada Windows Phone Store tetapi daripada apa yang kami dapat tahu, bahawa aplikasi ini masih lagi belum boleh dimuat turun dan hanya Versi Beta terhad buat masa ini

Sedikit info mengenai BBM….

BBM atau lebih dikenali sebagai Blackberry Messenger merupakan sebuah aplikasi permesejan yang sangat popular suatu ketika dahulu kepada para pengguna Blackberry..Pada asalnya BBM hanya terdapat pada peranti Blackberry tetapi kini, ia boleh didapati pada peranti Android dan iOS.

[info]Sumber : Amanz & Crackberry[/info]

[notice]Muat turun BBM For WIndows Phone[/notice]

Lumia Cyan akan Tiba pada Q3 di Malaysia

Baru-baru ini pihak Microsoft Mobile Malaysia telah melancarkan Nokia Lumia 930 yang membawa reka bentuk yang baru dan premium.Pada acara yang sama pihak Microsoft Mobile Malaysia telah menyatakan bahawa Kemaskini Lumia Cyan akan hadir kepada semua pengguna Windows Phone 8 tempatan (CV Malaysia) menjelang Suku Ketiga(Q3) tahun ini (2014).

Hakcipta Amanz Network, Lumia Cyan Launching, Gambar oleh @amanfirdaus

Kemaskini Lumia Cyan membawakan beberapa perubahan besar antaranya ialah fungsi baharu seperti Papan Kekunci seumpama “Swype”, fungsi Action Center, kawalan volume yang lebih baik dan banyak lagi…Rujuk di sini untuk fungsi penuh.

 

Altel akan hadir dengan infrastruktur 4G daripada Huawei

Altel.myAltel merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru di Malaysia yang mana turut mempunyai lesen untuk Spektrum Evolusi Jangka Panjang/Long Term Evolution (LTE) (4G).Setelah bekerjasama dengan Celcom untuk infrastruktur asas , kini Altel menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk membangunkan infrastruktur 4G Altel tersendiri. Altel dikatakan akan terus melabur untuk membangunkan sistem telekomunikasi mereka sendiri,sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penggunanya.

Sehingga kini, Altel dikatakan mempunyai lebih kurang 20,000 pelanggan berdaftar serta 10 kedai eksklusif sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Kedah.


Sumber Amanz.my

Buat pengetahuan anda teknologi dan infrastruktur Huawei sedia digunakan dengan luas oleh kebanyakkan syarikat telekomunikasi seluruh dunia.

Sedikit Informasi mengenai ALTEL

Anda boleh mendapatkan Kad Sim ALTEL di http://altel.my/en/where-to-buy

Anda juga boleh menukar ke Perkhidmatan ALTEL (Mobile Number Portability/MNP) dengan membawa salinan Kad Pengenalan anda ke Altel Exclusive Partners

Bagi yang ingin menjadi agen ALTEL anda boleh rujuk http://altel.my/en/about?cat=2 dan klik pada Partnership Programmes .Hubungi mereka untuk maklumat lanjut di http://altel.my/en/contact

[info]Sumber : Amanz.my dan The Sun Daily[/info]

Xiaomi Redmi Note & Redmi 1S akan hadir ke Malaysia

Selepas kehadiran Xiaomi Mi3 dan Xiaomi Mi Powerbank yang semakin mendapat permintaan yang hangat, kini yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia, Redmi Note dan Redmi 1S akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi.Perkara ini disahkan oleh beberapa ahli forum komuniti MIUI dan saya juga di mana kedua-dua peranti ini telah di sahkan(Approve) untuk dijual di Malaysia oleh SIRIM.

Untitled (Recovered)

[info]Ruangan yang di gelapkan dengan kotak hitam merupakan peranti Redmi 1S, Manakala ruangan yang berwarna merah pula merupakan peranti Redmi Note[/info]

Spesifikasi Redmi Note

Cip Pemprosesan
1.7 GHz Lapan Teras Mediatek 6592
Bateri3200 mAh bateri lithium-polymer ( Li-Po )
Kamera Hadapan5 MP
Kamera Utama13MP dengan Flash
Muatan Dalaman8GB dengan sokongan MicroSD
RAM2GB
Sistem OperasiAndroid 4.2.2 ( Jelly Bean )
dengan MIUI
Skrin5.5" HD IPS LCD ( 720p)

Selain itu Redmi Note ini juga didatangkan dengan Cip Grafik Mali-450 GPU dan 2 slot untuk Kad Sim.1 untuk Kad Sim WCDMA (3G) dan lagi satu untuk Kad Sim GSM (2G)

Screenshot (322)

 

Antara Fungsi-fungsi yang terdapat pada Redmi Note

Screenshot (325)

 

Mempunyai Pelbagai Warna untuk dipilih

Screenshot (323)

Dikuasakan oleh MIUI dan Android Jelly Bean 4.2.2

Screenshot (324)

 

Walau Bagaimanapun harga masih belum lagi diberitahu, dan berkemungkinan akan diumumkan sekitar minggu hadapan.Pada masa yang sama Xiaomi Malaysia melalui laman webnya memberi peluang untuk para peminat Xiaomi untuk meneka harga yang bakal diberikan kepada Redmi Note ini..Para pemenang akan mendapat F-Code untuk membeli peranti Redmi Note ini.

F-Code merupakan sebuah code yang tidak memerlukan anda untuk berebut stok atau dalam bahasa mudahnya Fastlane/Shortcut/VIP Access…

Screenshot (326)

[info]Layari Laman Web Xiaomi Malaysia[/info]

 

 

 

 

Go Native memudahkan anda untuk menukar laman web kepada aplikasi telefon pintar

Go Native merupakan salah satu aplikasi web yang berfungsi bagi menukar laman web anda kepada aplikasi telefon pintar seperti iOS dan android.

Daripada apa yang saya dapat lihat, Go Native membenarkan anda untuk meng”customize” kan aplikasi anda..

Walaupun demikian, terdapat beberapa kekurangan di sini, di mana hanya beberapa template atau design yang sesuai sahaja akan menampakkan aplikasi itu benar(real).

Jika template atau design tidak sesuai ia akan nampak seperti sebuah laman web yang di embedkan kedalam aplikasi tersebut..

Jadi sedikit tips di sini…pastikan laman web anda mempunyai mobile version atau template/design yg responsive supaya akan kelihatan cantik di dalam aplikasi yang dicipta di GoNative.io ini..

Ranking: 4/5

[info]Layari Laman Web GoNative.io[/info]

Mengintegrasikan aplikasi pihak ketiga ke dalam Frog VLE

Selamat Kembali ke WP.Myhyazid….Hari ini kita akan ke sektor pendidikan pula iaitu beberapa ulasan dan langkah-langkah untuk mengintegrasikan aplikasi-aplikasi pihak ketiga ke dalam Frog VLE.

Sebelum itu…..

Apakah itu Frog VLE?

Frog VLE merupakan Persekitaran Pembelajaran Maya atau “Virtual Learning Environment”. Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi projek 1BestariNet telah memperkenalkan inisiatif pembelajaran dalam persekitaran maya atau VLE. DI dalam Projek ini, pelbagai perkara telah dibawa masuk ke arena atau medan pendidikan kita.Antaranya ialah Chromebook untuk Makmal Komputer setiap sekolah di Malaysia, Jaringan hubungan internet berkelajuan 4G daripada YES dan sebagainya.Untuk Maklumat lanjut mengenai Frog VLE layari FrogTrade Official Site atau Frogasia.com

 

Aplikasi Pertama

Gliffy – Aplikasi untuk anda mereka atau membuat graf secara online

Aplikasi ini adalah percuma untuk digunakan dan mudah untuk dimuatkan ke dalam frog VLE. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma :

  1. Reka akaun Gliffy anda di Gliffy
  2. Mulakan dengan pembinaan graf anda
  3. kemudian tekan share dan salin/copy link untuk pictures

Screenshot (279)

 

  1. Buka Frog VLE (hanya untuk pelajar atau guru, di dalam kes ini lebih ditekankan kepada guru)pilih site di mana anda mahu gunakan kemudian tekan edit.

  2. Drag and Drop widget Media kemudian muat naik gambar graf yang sudah dimuat turun tadi.

 

Screenshot (278)Screenshot (284)

Aplikasi File Manager akan hadir pada Windows Phone 8.1

Mungkin peminat teknologi sudah sedia tahu dengan program Ask Me Anything atau “AMA”.Baru-baru ini Joe Belfiore , telah menyertai AMA dan seorang pengguna telah mengajukan soalan kepadanya adakah aplikasi File Manager akan hadir?

Windows_Phone_File_Manager_Screenshots

 

Windows_Phone_File_manager_Screen

Dan yang menariknya jawapan yang dikemukakan adalah :

 

Screenshot (274)

WOO HOO! SOMEONE ASKED THIS QUESTION!! I’ve been waiting! in fact, I’ve avoided tweeting on this very topic just for all you redditors. Seriously.

in fact– you GET A CORTANA T-SHIRT FOR ASKING!! 🙂 (PM me your size and we’ll get it to you.)

*** YES *** We are doing a File Manager for WP8.1! I know a LOT of you are looking for this (thanks for the tweets, I’ve read them all). In fact, I’ve been running a build of it on two of my phones for the last week or so and it’s getting to pretty good shape.

We are expecting to get it into the store HOPEFULLY by the end of May.

Seperti dinyatakan di atas, buat masa ini aplikasi ini masihsedang diuji dan dijangka akan hadir pada hujung Bulan Mei!

Adakah Anda sudah Bersedia?…..

[info]Sumber : Reddit[/info]

Rajeev Suri dinamakan sebagai CEO baharu Nokia

Dengan bersudahnya proses pengambil alihan Bahagian Peranti dan Servis oleh Microsoft dan juga perpindahan bekas CEO Nokia yang sebelum ini, Stephen Elop ke Microsoft ( menjadi pengarah bagi bahagian peranti di Microsoft). Kini Nokia telah melantik Rajeev Suri sebagai CEO baharunya dan sebagai Presiden bagi syarikat tersebut…

Dipetik daripada Amanz.my

Rajeev Suri merupakan salah seorang jurutera telekomunikasi, dimana telah mengetuai bahagian rangkaian mudah-alih Nokia sejak tahun 2009. Pelantikan beliau sebagai CEO akan efektif bermula 1 Mei ini, sekaligus akan memperlihatkan fasa baru Nokia.

Nokia juga kini dilihat akan memberi sepenuh tumupuan dan mengukuhkan perniagaan mereka dalm bidang pemetaan iaitu HERE Maps dan teknologi..Perkhidmatan HERE Maps ini juga telah digunakan secara meluas oleh pengguna Nokia Lumia , WIndows Phone, Windows 8.1……

[info]Sumber : Amanz.my , WPCentral dan Nokia[/info]