PSA : Cara-cara membuang aplikasi Visual Studio 2012

Pada tahun ini , Pihak Microsoft telah memperkenalkan Visual Studio 2013 dan mungkin anda amat berminat untuk memasangnya pada komputer anda.

Fungsi-fungsi baharu Visual Studio 2013 yang mungkin akan menambat hati anda :

  • Anda boleh mencipta Universal Apps ( WIndows Phone 8.1, Windows 8)
  • Bekerja/Mengekod bersama rakan-rakan anda tidak kira di mana jua anda berada (asalkan ada talian internet)
  • dan banyak lagi lihat di sini 

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang , terutama sekali kepada pengguna Windows 8 yang telah naiktaraf ke Windows 8.1 Anda tidak boleh membuang/uninstall aplikasi Visual Studio 2012 daripada Peranti anda.Jadi bagaimana anda boleh membuangnya daripada peranti anda? Sila ikuti langkah-langkah yang disediakan ini.

Langkah/Masalah 1

Anda akan mendapat error ini apabila anda cuba untuk membuangnya :

This product can only be installed on a computer running Windows 8 or later

Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?

Pertama anda perlu dapatkan Visual Studio Update 3 / 4 (latest)

Kedua Install Update tersebut ( nama file dia VS2012/4.exe)

Ketiga setelah selesai Uninstall Visual Studio 2012 melalui program and features.

Saya sudah install Update 4 dan sudah lakukan seperti yang di suruh tetapi VS2012 masih memaparkan error yang sama apa yang patut saya buat..??

Ok saya juga menghadapi perkara sebegini tetapi dengan bantuan daripada Para pembangun dan staff di MSDN Forum saya dapat menyelesaikannya.SIla rujuk Langkah/Masalah 2

Langkah/Masalah 2

Saya sudah install Update 4 dan sudah lakukan seperti yang di suruh di Langkah/Masalah 1 tetapi VS2012 masih memaparkan error yang sama apa yang patut saya buat..??

Ok saya juga menghadapi perkara sebegini tetapi dengan bantuan daripada Para pembangun dan staff di MSDN Forum saya dapat menyelesaikannya. Sila rujuk langkah-langkah di bawah.

  • Muat Turun msiinv.exe (tekan “Download” yang terdapat pada bar di atas bersebelahan dengan logo Onedrive)
  • Extract ke C:\msiinv (folder yg bakal menempatkan msiinv.exe)
  • kemudian buka Command Prompt melalui tekan Right Click Butang Start kemudian klik pada Run.Di dalam Run type cmd
  • Selepas itu, run command berikut
  • c:\msiinv\msiinv.exe -p > c:\msiinv\msiinv_output.txt
  • Buka Fail msiinv_output.txt dan search kesemua fail yang berkaitan dengan VS2012
  • Kemudian lakukan
  • msiexec /x <product code> pada command prompt

  • format nya : msiec /x {C1BE870-7D35-3D4R-8AA2-B3241DB1D063} -Contoh Kod.Kod ini anda boleh dapati di dalam dail msiinv_output.txt tadi pada bawah nama Produk
  • Kemudian tekan Yes
  • dan anda sudah selesai.

Ingat jika anda mempunyai VS2012 uninstall dahulu sebelum install VS2013

Universal Apps hanya boleh didapati setelah meng-install RC Update 2

[alert]Muat Turun Visual Studio 2013[/alert]

[alert]Muat Turun RC Update 2[/alert]

myhyazid

Im a Johannian,part-time blogging on Windows Phone updates.Waiting for Windows Phone 8.1..Nokia Fan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *