Video baharu memperlihatkan fungsi-fungsi Windows Phone 8.1

Pada minggu ini,seperti mana semua sudah maklum, beberapa gambar mengenai Windows Phone 8.1 telah tertiris ke dalam arena web.Gambar-gambar ini telah memperlihatkan beberapa fungsi baharu yang akan dibawakan oleh Windows Phone 8.1 atau kod namanya “Blue”.Kini pihak WinBeta.org telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan kesemua fungsi-fumgsi baharu yang akan dibawakan oleh Windows Phone 8.1 dalam kemaskini akan datang kelak.

Di dalam ini terdapat banyak perubahan-perubahan serta fungsi-fungsi terbaru yang terdapat pada Windows Phone 8.1 versi untuk pembangun.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan pelbagai fungsi baru, termasuk kaedah mematikan aplikasi yang baru, sokongan butang-maya, penggunaan satu akaun Microsoft Account, pengurusan penggunaan tenaga bateri, dan pelbagai perkara lain.

Sokongan seperti Cortana yang diperkatakan ramai sebelum ini masih tidak disertakan pada SDK Windows Phone 8.1 ini.

Secara ringkasnya,Windows Phone 8.1 ini membawa perubahan yang besar kepada Windows Phone 8.

[alert style=”blue”] Sumber : amanz.my dan phonearena. [/alert]

myhyazid

Im a Johannian,part-time blogging on Windows Phone updates.Waiting for Windows Phone 8.1..Nokia Fan..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.