Sebelum ini kita telah sedia maklum dan telah melihat fungsi-fungsi baharu yang akan datang pada Windows Phone 8.1 yang tertiris di arena web,hasil daripada perkongsian pembangun-pembangun melalui Windows Phone 8.1 SDK.Kini desas-desus mengatakan bahawa Microsoft mungkin akan berkongsi versi pembangunan untuk Windows Phone 8.1 pada bulan April kelak.
Perkara ini juga akan menjadikan para pembangun aplikasi bersedia dengan aplikasi mereka apabila versi akhir WP8.1 akan diperkenalkan kepada umum.
Menurut sumber,Microsoft dikatakan akan mengeluarkan/memperkenalkan Windows Phone 8.1 pada bulan Julai atau Ogos kelak.Namun apa yang pasti para pengguna WP 8 akan mendapat kemaskini ini apabila sudah tersedia.\
[alert style=”green”] Sumber : amanz.my dan Phone Arena [/alert]
[alert style=”yellow”] Sumber imej : WPCentral & Amanz.my [/alert]